BENTUK PERNIAGAAN : Tempahan kek brownis
No telefon ( Whatssapp) : 011 -23793499
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
FB Page : @lyana.merahjambu
IG : @Lyanamerahjambu
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM30 – RM100 sahaja sebulan. Jumlah tempahan/pelanggan bulanan adalah sekitar 5 orang pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan oleh Petugas Pusat Internet Parit Baru Baruh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil buatan kek beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Sabak Bernam yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 100 RM 1000.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Mempelajari aplikasi seperti Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator untuk membuat promosi melalui banner , bunting ataupun risalah yang diedarkan kepada orang ramai untuk membuat tempahan.
Latar belakang
- Berumur 17 tahun
- Perempuan
- Masih bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar.
- Akan menduduki peperiksaan SPM
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Pada mulanya saya hanya pelajar biasa yang tidak tahu menggunakan computer apatah lagi untuk menggunakannya.
- Di sekolah, tiada kelas khusus untuk mempelajari kelas ICT. Mungkin guru- guru lebih menitikberatkan pelajaran yang ingin di ambil peperiksaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Setelah saya datang ke pusat internet saya telah ditawarkan untuk mengikuti kelas yang mereka adakan setiap minggu.
- Di situ saya mempelajari kelas ICT bermula dari asas.Saya juga diajar menggunakan internet dan belajar secara online
- Dengan itu, belajar secara online ini juga dapat membantu dalam pembelajaran.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Dengan internet, ia menjadikan saya seorang belia yang berfikiran terbuka serta menjadikan saya celik IT walaupun berada di luar bandar yang dianggap sebagai golongan yang ketinggalan tentang ilmu ICT.
- Saya juga dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa batas dari pelusuk dunia. Namun saya menggunakan internet dengan cara yang betul seperti yang disarankan oleh program Klik dengan Bijak yang sering saya ikuti di pusat internet.
- Dengan internet saya dapat mengulangkaji secara atas talian dengan bantuan tenaga pengajar dari pusat internet. Disitu saya diajar cara-cara belajar menggunakan internet secara online. Oleh itu, ianya dapat menjimatkan kos pembelajaran dan masa belajar lebih sistematik.
BENTUK PERNIAGAAN : Perniagaan kek secara online dan kelas mebuat kek
Sekiranya pelanggan berminat untuk membuat tempahan kek ,
boleh menghubungi beliau di talian 019 26283008 atau
PM di facebook (Resepi Dapur Marlisa),
Instagram (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.), atau
membuka Page perniagaan mereka : Resepi Dapur Marlisa
Kisah kejayaan ini bertempat di Pusat Internet Parit Baru Baruh di Sabak Bernam,Selangor. Ia terletak di daerah Parit Baru Baruh. Kawasan yang mempunyai penduduk lebih 500. Antara kisah kejayaan di tempat ini adalah dengan mengadakan pelbagai program untuk orang kampong antaranya Program Latihan Media Baru untuk golongan berusia 18 tahun ke atas. Program ini telah mendapat sokongan yang mengalakkan daripada orang kampong yang berminat untuk belajar komputer dari peringat remaja sehingga peringkat warga emas. Ia melibatkan dari pelajar,pekerja kerajaan,swasta,peniaga,pekerja kampong serta pesara. Masing-masing berlumba untuk menyertai kelas ini kerana tawaran yang disediakan adalah terhad iaitu seramai 92 orang sahaja bagi setiap Pusat Internet.
Dengan internet ia dapat menjadikan kami seorang yang berfikiran terbuka serta menjadikan kami celik it walaupun kami hanya berada di kawasan luar bandar. Kami dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa batas. Ini menjadikan kami generasi wawasan 2020 dan berilmu. Internet berjaya memperbaiki kadar kehidupan kami lebih baik dari sebelumnya. Seperti kami telah diajar cara menggunakan email, facebook, twitter serta blog yang dapat kita ketahui ia dapat membantu kita meluaskan perniagaan. Ia dapat memasarkan produk kita bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia dengan hanya satu klik sahaja. Dengan itu ia dapat menjana pendapatan kita.
Pandangan pertama kami terhadap PI ialah ia merupakan pusat internet sahaja untuk melayari internet tanpa ada apa-apa kemudahan yang lain. Tetapi pandangan kami rupanya salah kerana ia meyediakan terlalu banyak kemudahan kepada orang ramai. Servis yang diberikan juga sangant memberangsangkan. Program-program disini amat bersesuaian untuk orang-orang kampung seperti kami. Pelbagai perkara yang menjadikan kami tertarik untuk selalu datang kesini antaranya petugas disini ramah melayan kami semua yang datang. Sedia membantu apabila kami memerlukan pertolongan. Disini kami rasa dihargai apabila datang ke pusat internet ini. PI dapat membantu untuk mencapai kejayaan denganmemberi tunjuk ajar jika kami tidak faham sesuatu perkara. Dengan bantuan internet juga kami dapat mencari maklumat dengan pantas untuk semua perkara.
Antara cadangan dan pandangan kami untuk menambahbaik PI ialah dengan memastikan internet sentiasa laju tidak kira pagi atau petang. Jika kemudahan internet sentiasa laju ia lagi memudahkan sesiapa sahaja yang datang untuk menggunakan internet tanpa sebarang gangguan.
Bentuk Perniagaan : Membuat tempahan kek dan biskut
No Telefon ( WhatsApp) : 013360 9410/01132195044
Facebook Page : https://www.facebook.com/noraini.samsusah?fref=
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 5 orang pelanggan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan oleh Petugas Pusat Internet Parit Baru Baruh, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil buatan kek beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Sabak Bernam yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1000 RM 2000.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB.
- Mempelajari aplikasi seperti Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator untuk membuat promosi melalui banner , bunting ataupun risalah yang diedarkan kepada orang ramai untuk membuat tempahan.