Kisah kejayaan ini bertempat di Pusat Internet  Parit Baru Baruh di Sabak Bernam,Selangor.  Ia terletak di daerah Parit Baru Baruh.  Kawasan yang mempunyai penduduk lebih 500.  Antara kisah kejayaan di tempat ini adalah dengan mengadakan pelbagai program untuk orang kampong antaranya Program Latihan Media Baru untuk golongan berusia 18 tahun ke atas.  Program ini telah mendapat sokongan yang mengalakkan daripada orang kampong yang berminat untuk belajar komputer dari peringat remaja sehingga peringkat warga emas. Ia melibatkan dari pelajar,pekerja kerajaan,swasta,peniaga,pekerja kampong serta pesara. Masing-masing berlumba untuk menyertai kelas ini kerana tawaran yang disediakan adalah terhad iaitu seramai 92 orang sahaja bagi setiap Pusat Internet. 

Dengan internet ia dapat menjadikan kami seorang yang berfikiran terbuka serta menjadikan kami celik it walaupun kami hanya berada di kawasan luar bandar.  Kami dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa batas.  Ini menjadikan kami generasi wawasan 2020 dan berilmu.  Internet berjaya memperbaiki kadar kehidupan kami lebih baik dari sebelumnya.  Seperti kami telah diajar cara menggunakan email, facebook, twitter serta blog yang dapat kita ketahui ia dapat membantu kita meluaskan perniagaan.  Ia dapat memasarkan produk kita bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia dengan hanya satu klik sahaja.  Dengan itu ia dapat menjana pendapatan kita.

Pandangan pertama kami terhadap PI ialah ia merupakan pusat internet sahaja untuk melayari internet tanpa ada apa-apa kemudahan yang lain.  Tetapi pandangan kami rupanya salah kerana ia meyediakan terlalu banyak kemudahan kepada orang ramai.  Servis yang diberikan juga sangant memberangsangkan. Program-program disini amat bersesuaian untuk orang-orang kampung seperti kami.  Pelbagai perkara yang menjadikan kami tertarik untuk selalu datang kesini antaranya petugas disini ramah melayan kami semua yang datang.  Sedia membantu apabila kami memerlukan pertolongan.  Disini kami rasa dihargai apabila datang ke pusat internet ini.  PI dapat membantu untuk mencapai kejayaan denganmemberi tunjuk ajar jika kami tidak faham sesuatu perkara.  Dengan bantuan internet juga kami dapat mencari maklumat dengan pantas untuk semua perkara.

Antara cadangan dan pandangan kami untuk menambahbaik PI ialah dengan memastikan internet sentiasa laju tidak kira pagi atau petang.  Jika kemudahan internet sentiasa laju ia lagi memudahkan sesiapa sahaja yang datang untuk menggunakan internet tanpa sebarang gangguan.

4

5