TARIKAN TERBARU DI SABAK BERNAM ‼️ MENARIK 🤩🤩..
📍Denai Tebuk Bendeling berkonsepkan pokok bakau. Tarikan bagi yang berminat dengan sausana alam semula jadi.
🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡🏡
Denai sebagai medium bagi mendekatkan penduduk dengan sungai serta pengekalan semulajadi alam sekitar. Meningkatkan pengetahuan kepentingan bakau sebagai pelindung semula jadi.
✅ Boleh bergambar berlatarkan pokok bakau dan menghilangkan stress. Kepada kaki ambil gambar, port yang terbaik.
Lokasi Sungai Ayer Tawar..👍👍👍
 

Perlancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang penting dalam sesebuah Negara. Oleh itu, Kampung Parit Baru Baruh juga tidak ketinggalan dalam sektor pelancongan ini. Terdapat beberapa sektor pelancongan yang dijalankan oleh penduduk kampung dan kawasan yang berhampiran dengan Kampung Parit Baru Baruh ini. Antaranya ialah Pantai Bagan Nakhoda Omar ( BNO ), Pantai Sungai Lang, Rumah tumpangan atau homestay dan sebagainya.

Pantai Bagan Nakhoda Omar ( BNO )

                                               Pintu Gerbang

Pantai BNO merupakan sebuah tempat rekreasi pengunjung untuk bersantai bersama ahli keluarga apabila musim cuti sekolah. Ketenangan dan suasana yang nyaman mampu memberikan kegembiraan dan keseronokan kepada pengunjung. Malah, telah menjadi tarikan pengunjung kerana “ MEE UDANG ” yang dijual oleh peniaga kedai makan