Kampung Sungai Lang merupakan nama asal bagi kampung ini. Namun, kini telah telah ditukar menjadi nama Kampung Parit Baru Baruh kerana kedudukannya yang terletak di utara Negeri Selangor. Ia merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 20km dari Pekan Sabak Bernam dan 25km dari Pekan Sungai Besar dalam daerah Sabak Bernam,Selangor. Keluasan keseluruhan kampung ini adalah 980 hektar

           Penduduk kampung ini terdiri daripada kaum melayu, cina dan india. Kebanyakan masyarakat melayu, mereka daripada keturunan Jawa dan sebahagian kecil keturunan suku Mandailing, Rawa, Banjar  dan Kampar. Sehubungan itu, penduduk kampung ini telah mengusahakan pelbagai bidang ekonomi dalam menjana pendapatan mereka. Antaranya, terdapat pengusaha pertanian, perternakan, perikanan dan pembuatan.

            Selain itu, terdapat juga kemudahan asas yang disediakan seperti sekolah, surau, rumah ibadah bukan islam, balai raya, klinik dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Malah, terdapat juga kawasan tarikan pelancong yang berdekatan dengan Kampung Parit Baru Baruh ini iaitu Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) dan Pantai Sungai Lang yang berhampiran dengan Politeknik Sultan Idris Sabak Bernam.

                                       Peta Kampung Parit Baru Baruh

                                         Jumlah Penduduk Parit Baru Baruh

Bilangan Penduduk                            : 464 Orang

Jantina

Bilangan

Lelaki

221

Perempuan

243

Jumlah

464

                                           Senarai Nama Ahli Parlimen / ADUN Kawasan  (**terkini 2023)

Jawatan

Nama

Ahli Parlimen

YB Kalam bin Salan

Adun Kawasan

YB Datuk Hj Rizam bin Ismail

Pegawai Daerah

Tuan Mohd Khairuddin Bin Md. Som

Penghulu Mukim                     

En. Mohammad bin Jamali

Ketua Kampung 

 *Tiada Lantikan Lagi*

*Sumber : SPKPN