Latar belakang

  • Berumur 17 tahun
  • Perempuan
  • Masih bersekolah di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar.
  • Akan menduduki peperiksaan SPM

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

-       Pada mulanya saya hanya pelajar biasa yang tidak tahu menggunakan computer apatah lagi untuk menggunakannya.

 -    Di sekolah, tiada kelas khusus untuk mempelajari kelas ICT. Mungkin guru- guru lebih menitikberatkan pelajaran yang ingin di ambil peperiksaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

     -        Setelah saya datang ke pusat internet saya telah ditawarkan untuk mengikuti kelas yang mereka adakan setiap minggu.

      -       Di situ saya mempelajari kelas ICT bermula dari asas.Saya juga diajar menggunakan internet dan belajar secara online

      -       Dengan itu, belajar secara online ini juga dapat membantu dalam pembelajaran.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Dengan internet, ia menjadikan saya seorang belia yang berfikiran terbuka serta menjadikan saya celik IT walaupun berada di luar bandar yang dianggap sebagai golongan yang ketinggalan tentang ilmu ICT.

-       Saya juga dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa batas dari pelusuk dunia. Namun saya menggunakan internet dengan cara yang betul seperti yang disarankan oleh program Klik dengan Bijak yang sering saya ikuti di pusat internet.

-       Dengan internet saya dapat mengulangkaji secara atas talian dengan bantuan tenaga pengajar dari pusat internet. Disitu saya diajar cara-cara belajar menggunakan internet secara online. Oleh itu, ianya dapat menjimatkan kos pembelajaran dan masa belajar lebih sistematik.