Dari segi keselamatan pula, terdapat sebuah Pondok Polis Parit Baru yang berhampiran dengan Kampung Parit Baru Baru. Ia dapat memudahkan penduduk kampung untuk membuat aduan laporan sekiranya sebarang masalah atau kejadian yang berlaku. Hal ini kerana, balai polis yang berhampiran adalah Balai Polis Sungai Air Tawar yang jarak perjalanan 2km berbanding pondok polis yang mengambil masa 10 minit sahaja. Selain itu, terdapat juga Jabatan Kerja Raya (JKR) Sungai Lang untuk memudahkan penduduk kampung melaporkan keadaan jalan yang tidak baik dan boleh membahayakan pengguna jalan raya.
Pondok Polis Parit Baru
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sungai Lang