Perlancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang penting dalam sesebuah Negara. Oleh itu, Kampung Parit Baru Baruh juga tidak ketinggalan dalam sektor pelancongan ini. Terdapat beberapa sektor pelancongan yang dijalankan oleh penduduk kampung dan kawasan yang berhampiran dengan Kampung Parit Baru Baruh ini. Antaranya ialah Pantai Bagan Nakhoda Omar ( BNO ), Pantai Sungai Lang, Rumah tumpangan atau homestay dan sebagainya.

Pantai Bagan Nakhoda Omar ( BNO )

                                               Pintu Gerbang

Pantai BNO merupakan sebuah tempat rekreasi pengunjung untuk bersantai bersama ahli keluarga apabila musim cuti sekolah. Ketenangan dan suasana yang nyaman mampu memberikan kegembiraan dan keseronokan kepada pengunjung. Malah, telah menjadi tarikan pengunjung kerana “ MEE UDANG ” yang dijual oleh peniaga kedai makan