Pendidikan merupakan aset yang paling utama dalam perlaksanaan pembangunan negara malaysia. Ia dapat memberikan kesan terhadap peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. Sehubungan itu, Kampung Parit Baru Baruh juga turut mementingkan tahap pendidikan terutama ibu bapa. Terdapat beberapa sekolah dan institusi pendidikan yang disediakan seperti Sekolah Rendah Parit Baru, Sekolah Rendah Agama, Sekolah Menengah Agama Parit Baru, Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Institut Perakaunan Negara (IPN) dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). 

                                         Sekolah Rendah Parit Baru

                                      Sekolah Rendah Agama Parit Baru

                                      Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).