Untuk makluman, MSD akan mengadakan pertandingan Video Pusat Internet bagi tahun 2019. Maklumat seperti berikut :
Objektif Pertandingan
- Menggalakkan dan mengukuhkan hubungan PI dan Komuniti
- Mempromosi PI melalui you tube untuk tontonan tempatan dan global
- Mengenalpasti objektif PI tercapai dikalangan komuniti
- Mengenalpasti PI yang berpontensi untuk program sustainability
Tajuk : Kepentingan Pusat Internet kepada Masyarakat
Contoh tajuk : Perniagaanku maju Dengan Pusat Internet (Kedah)
Video perlu diemelkan ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , beserta nama, No IC dan lokasi Pusat Internet tempat anda
Tarikh Tutup : 25 Oktober 2019
Tarikh Tutup Pengundian top 10 : 25 Nov 2019
Tarikh Pengumuman Pemenang : Disember 2019
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!
Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.
- Aktiviti Fizikal
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
- Bijak menangani stress
- Sihat tanpa alcohol
Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.
Kampung Sungai Lang merupakan nama asal bagi kampung ini. Namun, kini telah telah ditukar menjadi nama Kampung Parit Baru Baruh kerana kedudukannya yang terletak di utara Negeri Selangor. Ia merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 20km dari Pekan Sabak Bernam dan 25km dari Pekan Sungai Besar dalam daerah Sabak Bernam,Selangor. Keluasan keseluruhan kampung ini adalah 980 hektar
Penduduk kampung ini terdiri daripada kaum melayu, cina dan india. Kebanyakan masyarakat melayu, mereka daripada keturunan Jawa dan sebahagian kecil keturunan suku Mandailing, Rawa, Banjar dan Kampar. Sehubungan itu, penduduk kampung ini telah mengusahakan pelbagai bidang ekonomi dalam menjana pendapatan mereka. Antaranya, terdapat pengusaha pertanian, perternakan, perikanan dan pembuatan.
Selain itu, terdapat juga kemudahan asas yang disediakan seperti sekolah, surau, rumah ibadah bukan islam, balai raya, klinik dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Malah, terdapat juga kawasan tarikan pelancong yang berdekatan dengan Kampung Parit Baru Baruh ini iaitu Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) dan Pantai Sungai Lang yang berhampiran dengan Politeknik Sultan Idris Sabak Bernam.
Peta Kampung Parit Baru Baruh
Jumlah Penduduk Parit Baru Baruh ( *data 2023)
Bilangan Penduduk : 464 Orang
Jantina |
Bilangan |
Lelaki |
221 |
Perempuan |
243 |
Jumlah |
464 |
Senarai Nama Ahli Parlimen / ADUN Kawasan (**terkini 2024)
Jawatan |
Nama |
Ahli Parlimen ( P095 Sabak Bernam) |
YB Kalam bin Salam |
ADUN Kawasan ( N01 Sungai Air Tawar) |
YB Datuk Hj Rizam bin Ismail |
Pegawai Daerah |
Tuan Mohd Khairuddin Bin Md. Som |
Penghulu Mukim |
En. Mohammad bin Jamali |
Ketua Kampung |
En. Anwar Bin Md Amin |
*Sumber : SPKPN