Nama : Jamaluddin bin Sumun
Umur : 62 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Jamaluddin berumur 62 tahun dan seorang pesara pembantu makmal dan kini berkhidmat sebagai ketua kampung Tebuk Jawa

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, En. Jamaluddin  tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Tugasnya sebagai ketua kampung memerlukan beliau menaip laporan minit mesyuarat menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, En. Jamaluddin telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI.