USAHAWAN BENGKEL KERJA BESI DAN KIMPALAN 

Nama : Mohamad Faiz

Umur  : 24 Tahun

Ahli     : 2018  

Latar Belakang

En Faiz merupakan pemilik bengkel kerja-kerja besi dan kimpalan yang terletak di rumahnya di Kg Simpang 4 BNO.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

En Faiz mula beroperasi sejak awal tahun 2017. Oleh kerana ia belum dikenali ramai, bengkel tersebut hanya dikunjungi oleh rakan-rakan dan pelanggan terdekat sahaja. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan produk yang dihasilkan melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, En Faiz ke Pusat Internet Parit Baru Baruh bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Parit Baru Baruh, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian dengan mudah dan berkesan.