USAHAWAN BENGKEL BAIK PULIH KENDERAAN

 Nama : Muhammad Afiq

Umur  : 26 Tahun

Ahli     : 2018

Latar Belakang

En Afiq merupakan pemilik bengkel alat ganti dan baik pulih kenderaan yang diberi nama Papet Auto Garage. Ia terletak di Kg Simpang 4 BNO.

 Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Papet Auto Garage mula beroperasi sejak awal tahun 2016. Oleh kerana ia belum dikenali ramai, bengkel tersebut hanya dikunjungi oleh rakan-rakan dan pelanggan terdekat sahaja. 


Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, En Afiq ke Pusat Internet Parit Baru Baruh bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Parit Baru Baruh, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.