NOR BAIZURA BT MIEN

Perkhidmatan : Perkhidmatan mengambil tempahan menjahit pakaian secara persendirian atau pukal

 No telefon : 016-6955342

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

FB  : @Tailor Sabak

IG : tailor_sabak

Latar belakang

-       Berpengalaman selama 5 tahun di dalam bidang jahitan dan menawrkan perkhidmatan termasuk menjahit pakaian wanita, lelaki, busana pengantin, langsir, tudung, kanak-kanak untuk persendirian atau secara pukal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

-       Saya sukar untuk memasarkan perkhidmatan saya secara atas talian (online) berikutan masalah perkhidmatan internet di kawasan rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-        Setelah saya datang ke pusat internet saya telah ditawarkan untuk mengikuti kelas keusahwanan yang mereka adakan setiap minggu

-       Di situ saya mempelajari kelas ICT bermula dari asas.Saya juga diajar menggunakan internet dan belajar secara online

-       Dengan itu, belajar secara online ini juga dapat membantu dalam perniagaan saya.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Dengan internet, ia menjadikan saya seorang belia yang berfikiran terbuka serta menjadikan usahawan  celik IT walaupun berada di luar bandar yang dianggap sebagai golongan yang ketinggalan tentang ilmu ICT.

-       Selain itu, dengan adanya Facebook dan Email yang telah saya buka, saya dapat membesarkan pemasaran saya di atas talian. Ia memudahkan saya berinteraksi dengan pelanggan saya.

-        Sekaligus, dapat berkenalan dengan ramai belia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       Pusat Internet ini menawarkan pelbagai kelas ICT secara percuma contohnya kelas Microsoft, Adobe,Video, Media Sosial dan sebagainya

                     ss1