Latar belakang

 Beliau berumur 47 tahun yang bekerja sebagai pekerja am MDSB yang kini sedang mengikuti Kursus ASAS KOMPUTER Staff MDSB yang berjalan selama setahun di PI Parit Baru Baruh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Beliau tidak pernah belajar secara mendalam mengenai ICT, komputer dan sebagainya kerana beliau hanya bekerja mencabut rumput, menyapu sampah di sekitar Parit Baru Baruh.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
-Beliau telah menghadiri kursus ICT selama setahun (masih berlangsung) yang diadakan di PI Parit Baru Baruh untuk belajar mengenai asas komputer, Word, Power Point sehinggalah cara melayari internet. Kursus ini usahasama MDSB dan Pusat Internet Kluster daerah Sabak Bernam untuk staff sokongan MDSB untuk mendidik mereka mengenai ICT.

Apa yang dipelajari melalui PI

-Melalui kursus ICT staff MDSB ini, beliau akan diajar dari asas pengenalan komputer sehingga cara melayari internet yang merangkumi 11 modul secara keseluruhannya.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 -       Berdasarkan prestasi beliau sehingga kini,beliau menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar walaupun usia beliau yang sudah berumur.

-       Tahap peningkatan kemajuan beliau menggunakan komputer menunjukkan hasil yang memberangsangkan walaupun agak perlahan.