IMG 1236

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

: 16 Disember 2018 (Ahad)

: 8.00 pagi - 2.00 petang

: Pusat Internet Kg Parit Baru Baruh

: 70 orang pengunjung

TUJUAN

 Program ini adalah bertujuan mengeratkan lagi Komuniti setempat bersama Pusat Internet di samping kekal aktif dan cergas dengan menjalankan pelbagai program yang telah menarik perhatian komuniti. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet kini adalah tempat saringan kesihatan KOSPEN dimana pemeriksaan kesihatan boleh diadakan secara percuma disini.

AKTIVITI

Antara program yang dijalankan antaranya ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma, pertandingan seperti Teka Kalori Makanan, Menaip Pantas, Teka Silang Kata ( Kesihatan) serta Demo Masakan Sihat juga diadakan. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran En Mufid bin Tugiran, selaku Ketua Kg Parit Baru Baruh untuk merasmikan majlis.

Gambar disini

 

hbkkgnelaya01

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

: 8 Disember 2018

: 8.00 pagi - 2.00 petang

: Pusat Internet Kg Baru Nelayan

: 160 orang pengunjung

TUJUAN

Memperkenalkan Pusat Internet dan manfaat yang diperolehi jika menjadi ahli dan aktivti yang berjalan di Pusat Internet.Hari Bersama Komuniti bertujuan untuk memberi penghargaan kepada komuniti setempat dengan mengadakan program-program untuk mereka. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan dan hadiah yang dimenangi oleh pengunjung yang hadir. Petugas Kg Parit Baru Baruh turut serta dalam membantu demi kelancaran program.

AKTIVITI

PI Kg Baru Nelayan menjalankan pelbagai aktiviti, antaranya ialah pertandingan puzzle online, mewarna bagi kanak-kanak tadika,pertandingan menaip pantas, kuiz dashboard, dan cabutan bertuah. Terdapat juga pameran yang turut serta dari pelbagai agensi , pameran keusahawanan dan pemeriksaan kesihatan percuma. Tetamu kehormat yang hadir bagi majlis penutupan dan penyampaian hadiah ialah Pengerusi MPKK Kg Baru Nelayan dan wakil dari Telekom Malaysia bagi memeriahkan majlis

Gambar disini

 

IMG 20181108 134239

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

: 8 November 2018

: 9.00 pagi - 1.00 tengahari

: SAM Parit Baru

: 26 Orang pelajar Tingkatan 3

TUJUAN

Memberi pelajar pengetahuan mengenai resume, kepentingan membuat resume yang kemas dan tersusun dan cara membuat resume menggunakan Ms Publisher and CANVA ( www. canva.com). selain itu, PI Kg Parit Baru Baruh juga bergabung dengan Malaysia ICT Volunteer ( MIV) untuk memberi taklimat advokasi berkaitan dengan teknologi dan digital.

 

AKTIVITI

Pelajar diberi taklimat mengenai pengenalan resume, teknik membuat resume yang baik dan tips untuk resume diterima oleh majikan. Kemudian, petugas menerangkan mengenai cara membuat resume menggunakan Ms Publisher and CANVA. Akhir sekali, peserta dikehendaki membuat resume sendiri dan diadili berdasarkan kekemasan dan format yang betul.

Gambar disini

 

 

SMKBaganTerap2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

: 16 November 2018

: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

: SMK Bagan Terap

: 80 Orang pelajar Tingkatan 3

TUJUAN

Memperkenalkan Pusat Internet dan manfaat yang diperolehi jika menjadi ahli dan aktivti yang berjalan di Pusat Internet. Pelajar juga dapat pegetahuan mengenai keselamatan internet dan jenayah siber yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Pelajar juga diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti.

AKTIVITI

Pelajar diberi taklimat mengenai Pusat Internet, Advokasi Klik Dengan Bijak, Keselamatan Internet (Cyber Safe) dan lain-lain yang berkaitan. Video-video mengenai jenayah siber juga ditunjukkan supaya dapat memberi pengajaran kepada pelajar supaya berfikir dengan bijak ketika menggunakan internet.

Gambar disini

IMG 20181029 152111

Tarikh

Masa

Lokasi

Peserta

: 12 November 2018

: 2.00 petang - 5.00 petang

: Bilik latihan PI Kg Parit Baru Baruh

: 10 Orang pelajar Tahun 6 

TUJUAN

Memperkenalkan mengenai Pusat Internet dan manfaat yang diperolehi jika menjadi ahli dan aktivti yang berjalan di Pusat Internet. Pelajar juga dapat pegetahuan mengenai jenayah siber yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Pelajar juga diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti.

 

AKTIVITI

Pelajar diberi taklimat mengenai pengenalan Pusat Internet, dan advokasi Klik Dengan Bijak, Cyber Safe dan lain-lain yang berkaitan. Petugas juga menerangkan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti dan cara menggunakannya. Kemudian, mereka dibahagikan kepada kumpulan untuk bermain Eksplorasi Dashboard Komuniti.

Gambar disini