PEDi LATEST

 

PENGENALAN PUSAT EKONOMI DIGITAL ( PEDi)

Pusat Ekonomi Digital ( PEDi)  Kampung Parit Baru Baruh, 45100 Sungai Ayer Tawar merupakan sebahagian daripada daya usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah projek kerajaan iaitu Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini turut dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi seperti syarikat Telekom Malaysia (TM), MSD Digital Sdn. Bhd (MSD) dan lain-lain lagi.

Tujuan SKMM adalah untuk menyediakan capaian internet jalur lebar secara bersama di kawasan Program Perumahan Rakyat yang terpilih di seluruh negara. Program ini juga dapat membantu merapatkan jurang digital di Malaysia terutama kawasan luar bandar. Malah, banyak membangunkan prasarana telekomunikasi dan akses internet seperti wifi.

OBJEKTIF

1)  Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

2)  Merapatkan jurang digital antara Bandar dan luar Bandar

3)  Kemudahan capaian jalur lebar kepada penduduk setempat

4)  Pendedahan teknologi komputer dan internet terhadap masyarakat

5) Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital ( PEDi) 

PERKHIDMATAN

Pusat Ekonomi Digital ( PEDi)  Kampung Parit Baru Baruh menawarkan perkhidmatan penggunaan komputer, pembayaran bil utilit, fotostat, printing untuk kemudahan komuniti setempat. Selain itu, Pusat Ekonomi Digital ( PEDi)  juga menawarkan kelas-kelas ICT & latihan keusahawanan kepada komuniti secara percuma untuk ahli berdaftar Pusat Ekonomi Digital ( PEDi) . Untuk menjadi ahli Pusat Ekonomi Digital ( PEDi) , pengguna haruslah berdaftar terlebih dahulu di Pusat Ekonomi Digital ( PEDi)  Kampung Parit Baru Baruh dengan bayaran hanya RM 5 seumur hidup.

Antara kelas yang ditawarkan adalah :

Pengenalan Asas Komputer & Perkakasan

Asas Internet

Pembelajaran dalam Talian ( E- Learning, E-Dagang, E- Kerajaan )

Dekstop Publishing

Latihan Keusahawanan

dan lain- lain kelas berdasarkan permintaan

 

KEAHLIAN AHLI PEDi

Jumlah ahli terkumpul  sejak adalah :

 AHLI AKTIF terkumpul ( 2013- kini )    675                   
AHLI BARU  ( JAN 2024)   2
JUMLAH KESELURUHAN   677

 

*kemaskini terakhir Jan 2024

 

MAKLUMAT PETUGAS PUSAT EKONOMI DIGITAL ( PEDi)

 WAHIDA

Pengurus PEDi Parit Baru Baruh 

Nama :  Parha Wahida Sairi 

No telefon : 011-15041409

Tempoh berkhidmat : sejak Oktober 2016

 

HAFIZ

Penolong Pengurus PEDi Parit Baru Baruh 

Nama :  Mohamad Hafiz bin Mohamad Jonid

No telefon : 017-2212965

Tempoh berkhidmat : sejak Januari 2018

 

Rakan Digital PEDi Parit Baru Baruh 

Nama :  Nadia Haniza Binti Nasir

No telefon : 013-5286458

Tempoh berkhidmat : sejak September 2023

 

 

*maklumat dikemaskini Jan 2024*